Aku, Kau Berbeza… Aku, Kau Istimewa
Pernah tak kite terpikir seblum2 ni, kenapa kite dilahirkan keatas dunia ni sebagai laki/pempuan? ramai yang terpikir, lelaki best.. ada jugak yang cakap jadi pempuan lagi best. kalau tak, takkan la ada orang jadi tomboy atau maknyah kan? aku secara individu pernah terpikir, mcm mana kalau aku bukan aku yang sekarang?
tapi aku percaya satu bende, ciptaan Allah tulah sebaik2 kejadian. baik lelaki ataupun perempuan.
inilah jadinye kalau bos tak bagi aku keje….
Korang nilaikan sendiri ye…
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri
apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh
bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa
anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum
baligh.
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa
baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya
kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena
bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri
boleh membantu. Haram
bagi suami bertanya pendapatan
isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin
ini.<—hurmmmmm…Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak
dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa
yangditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya
yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu
kena jadi perempuan. Begitulahkira-kiranya.
Bagi kaum hawa pulak…
Auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang
dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan
anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada
isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang
dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada
lelaki.
Adil kan?
Tapi pernahkah kite terpikir…benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan
permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan
seorang wanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang
wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri
dan anak-anak.Wanita pula perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di
muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah
syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).Di akhirat kelak,
seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya,
ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita
pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita
boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya
cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan,
taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorang lelaki perlu pergi berjihad
fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang
pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata.
Lihatlah, betapa Allah Menyayangi wanita itu?
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya
istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu
sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat
kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH
wanita sebaik-baiknya…supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat
pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah
kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan
ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah
dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi
bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat)
manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah
ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya
sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri
"
cantik kan?
Another Me
September 6th, 2006 at 12:04 am
mind of i copy and paste yer entry ni.. aku suke la.. tompang letak blog ye!
December 18th, 2006 at 7:34 pm
rite. takle banding2 kan laki ngan pompuan. 2-2 pon ade kelemahan and kelebihan.