Archive for August, 2006

Aku, Kau Berbeza… Aku, Kau Istimewa

Monday, August 28th, 2006

Pernah tak kite terpikir seblum2 ni, kenapa kite dilahirkan keatas dunia ni sebagai laki/pempuan? ramai yang terpikir, lelaki best.. ada jugak yang cakap jadi pempuan lagi best. kalau tak, takkan la ada orang jadi tomboy atau maknyah kan? aku secara individu pernah terpikir, mcm mana kalau aku bukan aku yang sekarang?
tapi aku percaya satu bende, ciptaan Allah tulah sebaik2 kejadian. baik lelaki ataupun perempuan.

inilah jadinye kalau bos tak bagi aku keje….

 

Korang nilaikan sendiri ye…
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri
apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh
bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa
anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum
baligh.

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa
baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya
kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena
bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri
boleh membantu.
 Haram
bagi suami bertanya pendapatan
isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin
ini.
<—hurmmmmm…Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak
dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa
yangditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya
yang dianugerah oleh Allah  SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu
kena jadi perempuan. Begitulahkira-kiranya.

Bagi kaum hawa pulak…
Auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang
dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan
anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada
isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang
dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada
lelaki.

Adil kan?
Tapi pernahkah kite terpikir…benda yang mahal harganya akan dijaga  dan
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan
permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan
seorang wanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu  adalah seorang
wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya, manakala
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri
dan anak-anak.Wanita pula perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi  setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di
muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah
syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).Di akhirat kelak,
seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya,
ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita
pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita
boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya
cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan,
taat  suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorang lelaki perlu pergi berjihad
fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang
pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata.

Lihatlah, betapa Allah Menyayangi wanita itu?
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya
istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu
sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat
kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH
wanita sebaik-baiknya…supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat
pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah
kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan
ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah
dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi
bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat)
manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah
ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya
sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri
"

cantik kan?
Another Me

Oscar nominees…

Thursday, August 24th, 2006

tak pernah aku terpikir tuk berlakon
tak pernah jugak aku terpikir ada orang berminat nak tgk aku berlakon
tak pernah langsung terlintas tuk menjadi orang tumpuan…

"u r khairul izwan rite?"

"yup"

"i’m from Uni of Conventry London. i’m here to take some videos about u."

" about me? y? er… videos me of doing what?"

kepala aku dah pikir macam2 da time ni.. apa plak yang dia nak shoot pasal aku ni.. apa lah yang aku dah buat ni.. adoilaa..

"hehe…"

boleh plak dia sengih2..

"just actng like usuall..like what ur daily works. doing like no one else here.."

"videos me of doing works?"

"yes…"

"arrr… okay.."

so, cameraman ni pun setup2kan la kamera dia apa sume.. aku ni plak dah tercongok2 depan pc ni. apa la aku nak buat ni..

"ok, everythings is ready, so.. can i say action?"

eh..eh.. memain plak dia..

"ermm ok.."

"just
do what ever u want to do… if u need to go to see ur bosses, taking
files or where ever u want to go, just tell me.. i’ll follow u."

uiks..kalau
aku nak terkucil ke? cirit birit ke.. adehh… takleh la aku nak ngulat
ni..adakah ini konspirasi UEM tuk mengelakkan aku mengulat lg..
so, aku pun memulakan la lakonan as a ‘trainee terlampau’..hahaha..

bukak file ni, dia shoot, bukak file tu, dia shoot gak
aku pusing ke kanan, dia pusing kekanan, aku pusing kekiri pun dia ikut jugak.
hidung
aku gatal.terasa nak korek idung?lupekanla.. jadi bahan gelak plak kat
london ni nnti. satu hari suntuk la aku diikut oleh kamera tu.sehari
suntuk jugak la aku menahan diri aku ni untuk terkucil. sekali dia nak
ikut gak.. naye je.

sampai ke time lunch pun dia ikutnye..naik segan aku. masuk lif je, orang sume da cam pelik da..

"anak putera raja mana plak ni?"
"ni anak sulung datuk k ke?"
"sejak bile ada citer ‘The Truman Show’ version melayu ni?"

so,
sume orang taknak jalan ngan aku. sampai ke kedai makan lagi la segan,
dari aku cedok lauk sampai le aku suap nasi kedalam mulut aku.sume di
record nye.dah rasa mcm jadi bhn experiment plak aku.lps 3 minit aku
nguyah baru dia off camera tu. time ni la baru aku dapat bergerak ngan
bebas..

"what exactly this video for?"

"documentary. for my Uni."

"ooo… ok" aku malas nak melayan lg. shoot la selagi ko boleh..

aku ingat sehari je.. rupenye2 uem dah kasi kontrak 2 hari..maknanye 2 hari gak la aku jadi ‘actor’

tapi, hari ke-2 ni betul2 buat mood aku hilang.

"khairul for today, can u move on to as many place as u can? u spend too much time at ur place"

dah keje aku kat sini, sini jelah aku duduk. nak kemana lagi.

" u can make a fake discussion. its ok, as long u are not sitting here anymore."

okla, aku ikutkan jugak cakap dia ni..

sampai 2-3 kali jugak la aku jumpe nazrun, cik azman, cik wan, buat borak2…

at
the same time, SV aku, cik azman ada kasi aku keje. keje yg urgent.
tapi yang cameraman ni plak nak aku gerak2. camne aku nak buat keje.
bile aku dudk je kat tempat aku, dia bising. tapi keje aku tak siap
lg.makin lama aku dah makin melauat. even aku da tebalkan muke aku ni,
jumpe sume orang2 dlm office ni tuk diajak ‘main-main’ berlakon, tu pun
dia bnyk komen lagi… thanks to cik wan, cik taha, nazrun n kak lela,
sebab susah payah berlakon ngan aku.

"khairul, u need to speak louder"
"khairul, can u please ask question as many as u can?"
khairul that..khairul this…

arghhh.. aku da sampai tahap maksimum kesabaran aku ni.aku da malas nak layan apa dia cakap.aku buat bodo je..

at last abis jugak 4 tape dia roll.

lepas abis je aku ‘berlakon’ tu, aku ingat nak berehat, tapi ada plak keje2 yang kene buat. urgent plak tu..haihh..

penat jugak la nak berlakon ni.berlakon yang tade skrip. berlakon yang aku sendiri kene buat jalan ceritenye.

tapi
sebenarnye kite semua adalah pelakon.pelakon yang tak berlakon depan
kamera. pelakon yang berdepan dengan dunia dia sendiri.terserah kite,
script yang macammana kite nak persembahkan dan pertontonkan kepada
dunia luar. hebat….

ramai yang berjaya dengan lakonan diorang.
berjaya memajukan diri sendiri.
berjaya membuat orang ketawa.
berjaya membuat orang menangis.
berjaya buat orang merana.
ramai jugak yang ‘keras’ lagi lakonannye…sehingga dapat dikesan penonton. :)

korang? pelakon yang macammana? korang director korang jugak pelakonnye. terpulang…

enough of merepek.. what else..

my
life? ermm.. aku still lagi bernafas.. tak bnyk kejadian yang boleh
menngkucarkacirkan adrenalin aku skang ni.. apa pun yang jadi, aku
terime dengan hati yang terbuke. as i said before, im just a little
naive boy that still learning how to walk. kadang2 dipimpin.. dan
kadang2 dilepaskan berkeseorangan.

aku hanya mampu berharap
yang ada orang akan mengutip aku dan berjalan bersama aku. dan aku
jugak hanya boleh berharap yang dia akan menemani aku. aku tak mampu
nak menghalang kalau dia nak pergi meninggalkan aku. yang pastinye,
hidup ni takkan ada sekelumit simpati pun tuk aku, jika dengan hanya
merangkak aku dapat terus bergerak, merangkak la aku.

toodless

another me

New Experiment

Thursday, August 24th, 2006

hollaaa..
for those knows me… its me la kan.. for who doesnt knows me, thanks for visiting.act ni adalah blog kedua aku. blog yang aku saje2 nak buat.. i have one before.and its still updated time by time. kalau senang2 lawat la..sirapsuam.blogspot

tapi lepas ni apa yang aku update kat sana, aku akan update kat sini jugak…so, u have an option. nak tgk yang mana satu.tapi sirapsuam  tu have some features yang tade kat sini. korang bleh download lagu free kat sana. so lepas ni, terserah korang la. korang ada option nak tgk yang mana satu

tu pun kalau korang nak tgk la kan.

till den, tq

toodless